DUNIA > BERITA

PM SINGAPURA LAWRENCE WONG LAKUKAN LAWATAN KHAS KE MALAYSIA JUMAAT INI

19/02/2026 06:10 PM

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong akan mengadakan lawatan khas ke Malaysia pada Jumaat (20 Feb), dan dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kerjasama dua hala serta isu-isu berkepentingan bersama, termasuk hasil Pemukiman Pemimpin yang berlangsung pada 4 Dis 2025.

Singapura merupakan jiran serta rakan utama Malaysia dalam ASEAN, dengan hubungan yang erat dan meluas dalam pelbagai bidang.

Singapura juga adalah rakan dagang kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencecah RM402.35 bilion (US$93.97 bilion) bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 1.5 peratus berbanding 2024.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan