DUNIA > BERITA

PRESIDEN IRAN KOMITED TERHADAP KEAMANAN, NEGARA SEDIA HADAPI “SEBARANG SENARIO”

23/02/2026 07:39 PM

ISTANBUL, 23 Feb (Bernama-Anadolu) -- Iran komited terhadap keamanan dan kestabilan, namun pada masa yang sama bersedia untuk menghadapi sebarang senario yang mungkin berlaku, kata Presidennya Masoud Pezeshkian, lapor Anadolu Ajansi.

“Iran komited terhadap keamanan dan kestabilan di rantau ini. Kami terus memantau dengan teliti setiap langkah yang diambil oleh Amerika Syarikat (AS) dan telah membuat semua persiapan yang diperlukan untuk setiap senario yang mungkin berlaku,” tulis Pezeshkian di platform X miliknya.

Beliau berkata cadangan konkrit telah dikongsi bersama dalam rundingan terbaharu dan isyarat yang menggalakkan turut diterima.

Terdahulu pada Ahad, Menteri Luar Iran Abbas Araghchi memberitahu CBS bahawa rundingan nuklear dengan delegasi AS berkemungkinan diadakan di Geneva pada Khamis dan menyifatkannya sebagai “peluang baik” bagi penyelesaian diplomatik.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan