DUNIA > BERITA

RAJA NORWAY RAJA HARALD V DIMASUKKAN KE HOSPITAL DI SEPANYOL

25/02/2026 03:35 PM

WASHINGTON, 25 Feb (Bernama-Anadolu) -- Raja Norway Raja Harald V, 89, dimasukkan ke hospital di Sepanyol, menurut Istana Norway pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.

“Baginda (Raja Harald V) dimasukkan ke Hospital Universitario Hospiten Sur di Tenerife petang ini,” menurut kenyataan pihak istana.

Baginda sedang menerima rawatan akibat jangkitan dan penyahhidratan, selain menambah bahawa keadaan baginda adalah "baik".

Pihak istana turut mengesahkan bahawa doktor peribadi baginda akan berlepas ke Tenerife bagi membantu perkhidmatan kesihatan tempatan.

Raja Harald V dan Permaisuri Sonja kini berada di pulau Sepanyol itu untuk percutian musim sejuk secara peribadi.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan