DUNIA > BERITA

PELABUHAN SHANGHAI TERIMA KAPAL PERSIARAN ANTARABANGSA PERTAMA PADA TAHUN KUDA

26/02/2026 02:25 PM

SHANGHAI, 26 Feb (Bernama-CMG) -- Kapal persiaran "Westerdam" milik syarikat Holland America Line berlabuh di Pelabuhan Kapal Persiaran Antarabangsa Wusongkou Shanghai pada pukul 7 pagi Rabu, sekali gus menjadi kapal persiaran antarabangsa pertama yang melawat bandar raya itu pada Tahun Kuda.

Kapal yang membawa lebih 1,900 pelancong dari lebih 40 negara itu berlepas dari Busan dan dijadual meneruskan perjalanan ke Hong Kong pada Khamis.

Lebih 95 peratus penumpang kapal berkenaan merupakan warga asing, dengan hampir 90 peratus daripada mereka memasuki China melalui kemudahan dasar bebas visa.

Bagi menyambut ketibaan pengembara asing dalam jumlah besar, Stesen Pemeriksaan Sempadan Pujiang mengambil beberapa langkah seperti menambah kakitangan dan menggunakan analisis data besar untuk meningkatkan kecekapan urusan pelepasan imigresen.

Selain itu, Pelabuhan Kapal Persiaran Antarabangsa Wusongkou turut mengadakan persembahan dan pameran warisan budaya tidak ketara bagi membolehkan pelancong merasai suasana sambutan Tahun Baharu Cina.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan