DUNIA > BERITA

25,000 ANAK-ANAK AFGHANISTAN HIDUP DALAM KHEMAH SELEPAS GEMPA BUMI - LAPORAN

26/02/2026 08:49 PM

KABUL, 26 Feb (Bernama-Xinhua) -- Lebih kurang 25,000 kanak-kanak di wilayah timur Afghanistan, Kunar, masih tinggal di khemah sementara enam bulan selepas gempa bumi dahsyat yang melanda kawasan itu, menurut pertubuhan bantuan antarabangsa Save the Children pada Khamis, lapor Xinhua.

“Keluarga bergantung pada pemanas kayu atau arang tradisional untuk mendapatkan haba di dalam khemah kanvas, yang menimbulkan risiko kebakaran. Pembinaan semula rumah di kawasan pergunungan hampir tidak bermula, dengan tahap kemusnahan di beberapa kampung begitu teruk sehingga tidak akan dibina semula,” menurut laporan itu.

Gempa bumi itu juga memberi kesan teruk kepada infrastruktur pendidikan, dengan lebih separuh daripada hampir 1,300 bilik darjah yang dinilai musnah sepenuhnya atau sebahagiannya.

Sebelum gempa, hampir 50,000 kanak-kanak yang bersekolah rendah sudah pun tidak bersekolah di Kunar, wilayah yang paling teruk terjejas oleh bencana, menurut laporan pertubuhan bantuan itu.

Gempa bumi bermagnitud 6.0 melanda timur Afghanistan pada 31 Ogos tahun lepas, menyebabkan kemusnahan terutamanya di Kunar dan menjadi antara bencana alam meragut paling banyak nyawa dalam sejarah terkini negara itu.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan