DUNIA > BERITA

MAERSK GANTUNG OPERASI KARGO MELALUI SELAT HORMUZ HINGGA DIBERITAHU KELAK

02/03/2026 09:52 AM

MOSCOW, 2 Mac (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Syarikat pengangkut kargo terbesar di dunia, Maersk, pada Ahad mengumumkan penggantungan operasi melalui Selat Hormuz tanpa had tempoh berikutan konflik yang melanda rantau berkenaan.

"Kami menggantung semua lintasan kapal di Selat Hormuz sehingga diberitahu kelak," menurut syarikat berpangkalan di Denmark itu dalam satu kenyataan di laman sesawangnya, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada Sabtu, Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran yang mengakibatkan kerosakan serta kematian orang awam, termasuk di Tehran.

Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan peluru berpandu ke wilayah Israel serta ke atas infrastruktur ketenteraan AS di Timur Tengah.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan