DUNIA > BERITA

SEYCHELLES BOLEH JADI JAMBATAN KERJASAMA CHINA-AFRIKA - PRESIDEN HERMINIE 

02/03/2026 03:11 PM

VICTORIA, 2 Mac (Bernama-CMG)-- China dan Afrika boleh menjalankan pertukaran budaya dan kerjasama perdagangan dengan lebih baik menerusi Seychelles, kata Presiden Seychelles Patrick Herminie. 

Dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG), Herminie menyatakan bahawa sebagai negara Afrika yang paling dekat dengan China, Seychelles boleh menjadi jambatan yang menghubungkan negara Tembok Besar dengan benua Afrika.

Beliau berpendapat, kedudukan geografi turut menjadikan Seychelles sebahagian daripada elemen penting dalam kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

"Menerusi Seychelles, China boleh menggerakkan banyak kerjasama dengan benua Afrika.

"Pada masa sama, benua Afrika juga boleh menjalankan kerjasama dengan China melalui Seychelles," katanya sambil menambah bahawa negara itu mempunyai kedudukan yang strategik.

Menyentuh mengenai siri inisiatif global yang dikemukakan Presiden Xi Jinping antaranya Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI), Inisiatif Peradaban Global (GCI) dan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) serta visi komuniti berkongsi nasib sesama insan, Herminie menganggap ia mempunyai makna signifikan bagi menangani pelbagai masalah dan cabaran semasa.

"Saya amat bersetuju dengan inisiatif tersebut kerana ia menggalakkan kolaborasi berbanding konfrontasi, solidariti berbanding perpecahan dan manfaat bersama berbanding mainan campur tolak.

"Asalkan membawa manfaat kepada dunia, ia patut disokong, dihormati dan dihargai," kata beliau.

– BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan