DUNIA > BERITA

LETUPAN KEDENGARAN DI TEHRAN DALAM SERANGAN BAHARU

02/03/2026 09:13 PM

TEHRAN, 2 Mac (Bernama-Anadolu) -- Serangan udara baharu melanda ibu negara Iran, Tehran pada Isnin, dengan letupan berterusan kedengaran di seluruh bandar.

Wartawan Anadolu melaporkan letupan tertumpu di timur dan selatan Tehran.

Kepulan asap menjulang naik susulan letupan itu dan pada masa yang sama pesawat pejuang melintas di atas, tambahnya.

Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Iran pada Sabtu, membunuh beberapa pemimpin tertinggi Iran, termasuk Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.

Tehran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara serantau yang menempatkan aset AS.

-- BERNAMA-ANADOLU



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan