DUNIA > BERITA

ANGKA KORBAN SERANGAN AS-ISRAEL MENINGKAT KEPADA 787 -- BULAN SABIT MERAH IRAN

03/03/2026 09:16 PM

ISTANBUL, 3 Mac (Bernama-Anadolu) -- Angka kematian akibat serangan berterusan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran meningkat kepada 787 orang, menurut Bulan Sabit Merah Iran pada Selasa, lapor Anadolu Ajansı (AA).

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di runtuhan bangunan yang dibom, menurut organisasi itu dalam kenyataan  yang dipetik oleh agensi berita milik kerajaan, Tasnim News Agency.

Tiada maklumat diberikan mengenai jumlah mangsa yang cedera.

AS dan Israel meneruskan serangan berskala besar terhadap Iran sejak Sabtu lepas, yang dilaporkan meragut nyawa beberapa pemimpin kanan Iran termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei serta pegawai kanan tentera.

Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara Teluk yang menempatkan aset AS.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan