DUNIA > BERITA

CHINA KEKAL PENDIRIAN ADIL TERHADAP ISU TIMUR TENGAH - WANG YI

04/03/2026 02:26 PM

BEIJING, 4 Mac (Bernama-CMG) -- China kekal konsisten dengan pendirian adil terhadap isu Timur Tengah serta akan terus memainkan peranan konstruktif dalam membantu meredakan ketegangan.

Perkara itu ditegaskan Menteri Luar China Wang Yi semasa perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Israel Gideon Sa'ar pada Selasa.

Wang berkata China sentiasa komited dalam mendorong penyelesaian isu nuklear Iran menerusi pendekatan politik.

Pusingan rundingan baharu antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) mencapai kemajuan ketara dengan mengambil kira kebimbangan keselamatan Israel, namun proses itu terganggu oleh operasi ketenteraan.

Beliau menegaskan bahawa penggunaan kekerasan tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya boleh mencetuskan masalah baharu serta kesan sampingan yang serius.

“Nilai sebenar kekuatan tentera adalah untuk mencegah perang, bukan dipamerkan di medan perang,” katanya.

Wang turut menyeru agar tindakan ketenteraan dihentikan serta-merta bagi mengelak konflik berkenaan daripada terus memuncak.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan