DUNIA > BERITA

CHINA ALU-ALUKAN PENYERTAAN LEBIH BANYAK NEGARA DALAM GFGG

05/03/2026 04:18 PM

BEIJING, 5 Mac (Bernama-CMG) -- Sinergi global perlu dibentuk bagi memelihara multilateralisme, menegakkan keadilan antarabangsa serta mewujudkan keamanan, kestabilan dan pembangunan.

Jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning berkata demikian pada Rabu susulan pelancaran rasmi Kumpulan Rakan Tadbir Urus Global (GFGG) oleh Misi Tetap China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva baru-baru ini.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri wakil daripada hampir 60 negara, termasuk 42 anggota pengasas kumpulan berkenaan.

Terdahulu, GFGG telah dilancarkan di ibu pejabat PBB di New York pada Disember lepas atas syor China.

Mao berkata pelancaran GFGG di New York dan di Geneva mencerminkan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) yang disyorkan Presiden China Xi Jinping selaras dengan keperluan dunia dan aspirasi rakyat.

"Adalah lebih penting untuk meneliti semula niat asal penubuhan PBB ketika usaha mulia memelihara keamanan dan pembangunan kini berdepan cabaran serius," kata beliau.

Mengulas lanjut, Mao berkata China mengalu-alukan negara yang berkongsi visi sama untuk menyertai kumpulan itu.

Menurut beliau, China bersedia bekerjasama dengan komuniti antarabangsa bagi meneroka pendekatan baharu untuk menambah baik tadbir urus sejagat, sekali gus menangani pelbagai cabaran global secara bersama.

--BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan