DUNIA > BERITA

WISMA PUTRA SELARAS USAHA PEMINDAHAN RAKYAT MALAYSIA SUSULAN KONFLIK DI TIMUR TENGAH

05/03/2026 09:08 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kementerian Luar memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang bekerjasama dengan perwakilan diplomatik Malaysia, kerajaan di Timur Tengah serta syarikat penerbangan untuk memindahkan rakyat Malaysia yang terkandas susulan penggantungan penerbangan dan penutupan ruang udara di rantau berkenaan.

Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, menyatakan bahawa usaha pemindahan itu turut melibatkan rakyat Malaysia yang ingin kembali ke tanah air dengan menggunakan pangkalan data rakyat Malaysia yang berdaftar.

“Perwakilan Diplomatik Malaysia di negara-negara terjejas telah berhubung dengan rakyat Malaysia sejak peringkat awal konflik bagi menyalurkan bantuan konsular serta mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk tujuan perancangan kontingensi.

“Rakyat Malaysia digesa untuk segera mendaftar dan mengemaskini maklumat perhubungan masing-masing dengan Kedutaan Besar Malaysia atau Perwakilan Malaysia yang terdekat, atau melalui e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my, bagi memudahkan penyelarasan pemindahan berkenaan,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kementerian memaklumkan bahawa pihaknya akan memastikan usaha pemindahan yang penting itu dilaksanakan dengan jayanya, dengan sokongan semua pihak berkaitan, demi kepentingan rakyat Malaysia.

Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia di negara yang terjejas supaya meningkatkan tahap kewaspadaan, mengelakkan kawasan aktiviti ketenteraan dan perhimpunan awam serta mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Dalam nasihat perjalanan yang dikemas kini, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terjejas akibat konflik semasa, termasuk mereka yang berhasrat menunaikan umrah atau ziarah.

Wisma Putra berkata pihaknya memandang serius peningkatan ketegangan konflik di Timur Tengah.

“Keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan kami. Nasihat ini akan terus berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak. Kami merayu agar semua pihak memahami termasuk agensi pelancongan,” menurut kementerian itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi perwakilan diplomatik Malaysia yang terdekat:

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI TEHRAN, IRAN

Tel: +98 21 8807 2444 / +98 21 8807 8606 / +98 933 535 2602 (Kecemasan)

E-mel: mwtehran@kln.gov.my

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MANAMA, BAHRAIN

Tel: +973 1756 4551 / +973 3899 0749 (Kecemasan)

E-mel: mwmanama@kln.gov.my

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BAGHDAD, IRAQ

Tel: +964 787 859 8775 (Kecemasan)

E-mel: mwbaghdad@kln.gov.my

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI AMMAN, JORDAN

Tel: +962 6590 2400 / +962 78590 2400 (Kecemasan)

E-mel: mwamman@kln.gov.my

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KUWAIT CITY, KUWAIT

Tel: +965 2255 0394 / +965 2255 0395 / +965 9678 3036 (Kecemasan)

E-mel: mwkuwait@kln.gov.my

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BEIRUT, LUBNAN

Tel: +961-3052 258 / +961 7677 2527

E-mel: mwbeirut@kln.gov.my

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MUSCAT, OMAN

Tel: +968 2469 8329/ +968 2469 8643/ +968 7159 2388 (Kecemasan)

E-mel: mwmuscat@kln.gov.my

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI DOHA, QATAR

Tel: +974 4483 6463 / +974 4483 6493 (Kecemasan)

E-mel: mwdoha@kln.gov.my

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI RIYADH, ARAB SAUDI

Tel: 00 966 11 488 7098 / 00 966 11 482 4177 / 00 966 11 488 7100 (Kecemasan)

E-mel: mwriyadh@kln.gov.my

 

KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI JEDDAH, ARAB SAUDI

Tel: +966 126 727 740 | +966 573 099 589 (Operasi 24 jam)

E-mel: mwjeddah@kln.gov.my

 

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI ABU DHABI, UAE

Tel: +971 2 4482 775 / +971 2 4482 776

E-mel: mwabudhabi@kln.gov.my

 

KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI DUBAI, UAE

Tel: +971 4 3985 847 / +971 50 737 9196 (Kecemasan)

E-mel: dxb.cons@kln.gov.my

 

Situasi di Timur Tengah tegang sejak Sabtu lepas (28 Feb) apabila Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Iran, diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan