DUNIA > BERITA

PAKISTAN UCAP TAHNIAH KEPADA MOJTABA KHAMENEI SEBAGAI PEMIMPIN AGUNG BAHARU IRAN

11/03/2026 12:13 AM

NEW DELHI, 10 Mac (Bernama) -- Pakistan mengucapkan tahniah kepada Mojtaba Khamenei di atas pelantikannya sebagai Pemimpin Agung baharu Iran, ketika serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran masih berterusan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Mulia Ayatollah Mojtaba Khamenei atas pelantikan beliau sebagai Pemimpin Agung Republik Islam Iran. Saya juga menyampaikan ucapan takziah dan doa bagi pihak rakyat Pakistan atas kesyahidan ayah beliau, Ayatollah Ali Khamenei, serta ahli keluarga lain,” kata Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dalam satu hantaran di platform X pada Selasa.

Shehbaz berkata beliau yakin pemimpin agung baharu itu akan memimpin Iran ke arah keamanan, kestabilan dan kemakmuran pada masa akan datang.

Ayatollah Ali Khamenei bersama beberapa pemimpin tertinggi Iran dilaporkan terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat-Israel pada 28 Februari.

Mojtaba Khamenei, 56, dipilih sebagai pemimpin agung baharu oleh Dewan Perhimpunan Pakar Iran pada Ahad.

Rusia, Iraq dan Oman antara negara yang mengucapkan tahniah kepada beliau.

Presiden Rusia Vladimir Putin dalam satu kenyataan pada Isnin berkata: “Hari ini, ketika Iran menentang pencerobohan bersenjata, tugas anda dalam jawatan tertinggi ini sudah pasti memerlukan keberanian dan pengorbanan yang besar. Saya yakin anda akan meneruskan usaha ayah anda dengan penuh kehormatan serta menyatukan rakyat Iran dalam menghadapi cabaran besar.”

Mojtaba Khamenei turut mendapat sokongan Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Setiausaha Majlis Keselamatan Agung Negara Ali Larijani dan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC).

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan