ISTANBUL, 16 Mac (Bernama-Anadolu) -- Liga Arab pada Ahad mengecam tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa kepada jemaah, khususnya pada bulan Ramadan, sambil menegaskan negara itu tidak mempunyai hak untuk mengambil sebarang langkah yang menghalang umat Islam daripada menunaikan ibadah di masjid berkenaan, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan, blok serantau itu berkata tindakan berkenaan merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan boleh membawa kesan serius terhadap keamanan serta keselamatan serantau dan antarabangsa.
Ia turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan kepada Israel agar menghentikan tindakan yang menyalahi undang-undang di tapak suci di Baitulmuqaddis serta menghormati kebebasan beribadah.
Kenyataan itu dibuat ketika Israel terus menutup Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki sejak bermulanya konflik Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran pada 28 Feb lepas selain hanya membenarkan kira-kira 50 jemaah menunaikan solat di Masjid Ibrahimi di Tebing Barat yang diduduki.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial