DUNIA > BERITA

HAIKOU BUKA LALUAN PENGANGKUTAN KARGO UDARA KE KUALA LUMPUR

18/03/2026 03:10 PM

HAIKOU, 18 Mac (Bernama-CMG) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Meilan Haikou membuka dua laluan pengangkutan kargo udara ke Ho Chi Minh City dan Kuala Lumpur masing-masing pada Isnin dan Selasa.

Pelancaran kedua-dua laluan itu akan meningkatkan lagi pengangkutan kargo antarabangsa antara Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan dengan negara-negara Asia Tenggara.

Penerbangan antara Haikou dengan Kuala Lumpur dikendalikan oleh syarikat Tianjin Air Cargo dengan kekerapan enam kali seminggu. 

Pelancaran penerbangan ini akan membawa masuk lebih banyak buah-buahan tropika, hasil akuatik premium serta barangan perdagangan biasa dari Malaysia, sekali gus meningkatkan kecekapan pengangkutan antara Hainan dan Malaysia.

Untuk rekod, Lapangan Terbang Antarabangsa Meilan Haikou kini mengendalikan enam laluan kargo antarabangsa, meliputi bandar-bandar di Eropah, Asia Barat dan Asia Tenggara.

Menurut statistik, dari awal tahun ini hingga 16 Mac, jumlah pengendalian kargo dan mel antarabangsa di Lapangan Terbang Meilan Haikou mencatat kira-kira 5,887 tan metrik, menokok 70 peratus dari tahun ke tahun.

– BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan