PHNOM PENH, 29 Mac (Bernama-Xinhua) -- Harga runcit petrol di Kemboja menurun namun harga diesel terus meningkat susulan konflik Asia Barat, umum Kementerian Perdagangan sekitar tengah malam pada Sabtu, lapor Xinhua.
Satu liter petrol biasa akan berharga 5,000 riel (USD1.25) mulai Ahad hingga notis berikutnya, turun 8.2 peratus daripada 5,450 riel dalam tempoh tiga hari lepas, menurut kementerian itu, sambil menambah diesel akan dijual pada 7,200 riel (USD1.80) seliter, naik 1.4 peratus daripada riel.
Pada Ahad juga, harga Gas Petroleum Cecair (LPG) naik kepada 3,400 riel (USD0.85) seliter, meningkat 6.2 peratus daripada 3,200 riel.
Sejak tercetusnya konflik Asia Barat, harga petrol biasa, diesel dan LPG di Kemboja meningkat masing-masing sebanyak 30 peratus, 87 peratus dan 70 peratus, menurut Kementerian Perdagangan.
Kementerian mengumumkan pada 20 Mac, kerajaan telah mengurangkan duti import dan cukai ke atas produk petrol dan diesel, bertujuan mengurangkan kesan kenaikan harga minyak antarabangsa dan meringankan beban pengguna.
Negara Asia Tenggara itu bergantung sepenuhnya pada petroleum dan diesel yang diimport, kerana rizab minyak dasar lautnya masih belum dieksploitasi.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial