EKONOMI > BERITA

MAXIM GROUP LAKSANA PERJANJIAN KEMUDAHAN PERBANKAN BERNILAI RM76 JUTA UNTUK BELI TANAH

28/10/2024 09:11 PM

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik 70 peratus Maxim Global Bhd, Maxim Icon Sdn Bhd melaksanakan perjanjian kemudahan perbankan dengan Maybank Islamic Bhd bernilai RM76 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, pemaju hartanah itu berkata pinjaman berkenaan akan membiayai sebahagian daripada pembelian dua bidang tanah pegangan kekal dengan gabungan keluasan 2.35 hektar (5.81 ekar) di Mukim Damansara, Selangor.

“Kemudahan ini akan menyebabkan kumpulan menanggung perbelanjaan faedah, yang akan memberi kesan kepada pendapatan kerana ini sama ada untung atau rugi.

“Bagaimanapun, kos ini dijangka dapat diimbangi oleh perolehan yang dijana daripada pembangunan tanah berkenaan,” katanya.

Menurutnya pengurusan menjangkakan pembangunan itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan Maxim Group pada masa hadapan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan