EKONOMI > BERITA

AMBANK, AMBANK ISLAMIC TUBUH PROGRAM TERBITAN KERTAS KOMERSIAL RM4 BILION DAN ICP RM3 BILION

06/11/2024 08:19 PM

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Syarikat milik penuh AMMB Holdings Bhd (AMMB Holdings), AmBank (M) Bhd dan AmBank Islamic Bhd (AmBank Islamic) selesai memfailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada Selasa untuk menubuhkan program terbitan kertas komersial dan kertas komersial Islam (ICP) masing-masing bernilai RM4 bilion serta RM3 bilion, mengikut nilai nominal.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, AMMB Holdings berkata program tersebut akan memberikan kedua-dua bank itu satu lagi pilihan untuk mengutip dana dari semasa ke semasa bagi membiayai modal kerja, perbankan am atau keperluan korporat lain.

"Program ini telah diberikan penarafan jangka pendek 'P1' oleh RAM Rating Services Bhd," katanya.

Dalam pada itu, AmInvestment Bank Bhd iaitu unit perbankan pelaburan AMMB Holdings merupakan penasihat utama, pengatur utama, pengurus utama dan ejen kemudahan bagi program tersebut manakala AmBank Islamic pula merupakan penasihat syariah bagi program ICP.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan