EKONOMI > BERITA

WAN ZAKI, PENGASAS AHMAD ZAKI RESOURCES MENINGGAL DUNIA

13/11/2024 12:58 PM

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pengasas Ahmad Zaki Sdn Bhd (AZSB) dan Penasihat Kumpulan kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) Tan Sri Wan Zaki Wan Muda, 75, meninggal dunia semalam.

Menurut kumpulan berkenaan dalam kenyataan hari ini,  Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.

Sebelum menceburi bidang perniagaan,  Ahmad Zaki berkhidmat dalam pelbagai jawatan di syarikat milik kerajaan negeri di Pahang dan Terengganu.

Beliau meninggalkan syarikat milik kerajaan negeri Terengganu Pesama Timber Corporation Sdn Bhd pada 1984 untuk memberi tumpuan serta mengembangkan perniagaan kejuruteraan dan pembinaan AZSB.

Perniagaan berkenaan telah disenaraikan di Bursa Malaysia Securities pada 1999 melalui syarikat induk baharu, AZRB yang menumpukan kepada pembinaan bangunan komersial, kerja infrastruktur, institusi pendidikan, masjid, bangunan dan kemudahan awam dan kemudahan sukan.

Sepanjang berkhidmat di AZRB, Allahyarham telah memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif dan Naib Pengerusi Eksekutif.

Pada 1 Julai 2021, beliau bersara daripada jawatan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif dan memegang jawatan sebagai Penasihat Kumpulan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan