EKONOMI > BERITA

ANWAR AKAN SERTAI DIALOG INFORMAL PEMIMPIN APEC, MESYUARAT DUA HALA HARI INI

15/11/2024 09:46 PM

Daripada M. Saraswathi

LIMA (Peru), 15 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Dialog Informal Pemimpin APEC dan menyampaikan intervensi pada hari kedua terakhir Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Anwar juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Shigeru Ishiba dan Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee Ka-Chiu.

Kedua-dua mesyuarat itu dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Lima.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, turut dijadual mengadakan pertemuan dengan perwakilan perniagaan hari ini.

Jadual akan berakhir dengan beliau menghadiri Makan Malam Gala Pemimpin Ekonomi di Istana Kerajaan di sini, Jumaat.

Peru, sebuah negara yang terletak di barat Amerika Selatan, bersempadan dengan Ecuador dan Colombia di utara dan Brazil di bahagian timurnya.

Lima, ibu negara Peru dengan jumlah penduduk sebanyak 11.36 juta, menjadi tuan rumah mesyuarat APEC buat kali ketiga selepas 2008 dan 2016.

APEC adalah forum antara kerajaan bagi 21 negara anggota di Lingkaran Pasifik yang menggalakkan perdagangan bebas di seluruh rantau Asia-Pasifik.

APEC mewakili hampir 40 peratus daripada populasi dunia, hampir separuh daripada perdagangan global dan lebih 60 peratus daripada ekonomi global.

Malaysia merupakan antara 12 anggota pengasas APEC.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan