EKONOMI > BERITA

AIR SELANGOR LAKSANA LANGKAH STRATEGIK SOKONG PERTUMBUHAN PUSAT DATA

19/11/2024 11:57 AM

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah merancang langkah strategik untuk memastikan keupayaan memenuhi permintaan tambahan daripada perkembangan pesat pusat data.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adam Saffian Ghazali berkata Air Selangor terus komited untuk memastikan bekalan air yang stabil dan mampan kepada 9.62 juta pengguna tanpa mengabaikan keperluan sektor industri yang semakin meningkat.

Beliau berkata langkah itu termasuk perancangan meningkatkan margin rizab air melalui pembangunan empat loji rawatan air baharu menjelang 2030 melibatkan kapasiti tambahan sebanyak 2,730 juta liter sehari. 

“Setakat September 2024, margin rizab air berada pada paras 18.37 peratus meningkat daripada 15.34 peratus pada 2023,” katanya.

Selain itu, katanya usaha berterusan dilakukan untuk mengurangkan air tidak berhasil kepada 25 peratus menjelang 2030, yang akan meningkatkan kecekapan sistem bekalan air Air Selangor. 

Adam Saffian berkata selaras usaha Malaysia untuk menjadi hab pilihan bagi pusat data di rantau ini, Air Selangor komited melaksanakan dasar yang progresif dan perancangan strategik bagi menyediakan asas yang kukuh untuk industri itu. 

“Kami terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan, memberikan konsultasi pakar dan penyelesaian inovatif untuk menyokong operasi mereka tanpa menjejaskan keperluan sektor lain,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan