KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengumumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil tidak teraktif bagi November 2024 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
LGM menjelaskan oleh yang demikian, tiada pembayaran IPG dilakukan bagi bulan tersebut.
“Pada November 2024, harga purata peringkat ladang bagi getah sekerap adalah RM3.65 sekilogram (Semenanjung Malaysia), RM3.30 sekilogram (Sabah) dan RM3.20 sekilogram (Sarawak),” menurut LGM dalam kenyataan pada Isnin.
Mulai Januari 2024, IPG hanya akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap berada di paras RM3.00 sekilogram ke bawah.
IPG lateks juga akan teraktif apabila IPG getah sekerap teraktif.
Menurut LGM, kadar IPG lateks ditetapkan pada RM0.90 sekilogram bagi 100 peratus Kandungan Getah Kering (KGK).
IPG akan dibayar kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, tambah LGM.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial