KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Binastra Corporation Bhd (Binastra) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Binastra Builders Sdn Bhd, memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM327.74 juta daripada Exsim Bukit Jalil City Sdn Bhd.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, Binastra menjelaskan kontrak itu adalah bagi pembangunan dua blok pangsapuri berperkhidmatan 58 tingkat di Mukim Petaling, Kuala Lumpur.
“Kontrak itu bermula pada 9 Dis, 2024 dan dijangka siap dalam tempoh 42 bulan daripada tarikh kontrak,” tambahnya.
Menurut Binastra, kontrak tersebut dijangka menyediakan aliran pendapatan tambahan untuk pihaknya bagi tempoh lima tahun kewangan akan datang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial