EKONOMI > BERITA

PM ANWAR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DPIM, BINCANG INISIATIF PEMBANGUNAN EKONOMI

09/01/2025 09:12 PM

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang diketuai Presidennya Datuk Mohammad Sahar Mat Din.

Anwar menerusi hantaran di laman X berkata pada pertemuan itu beliau dan delegasi DPIM membincangkan beberapa cadangan terkait inisiatif pembangunan ekonomi mencakupi konsep wakaf dan penggunaan kecerdasan buatan (AI). 

Perdana Menteri berkata beliau sangat menghargai cadangan dikemukakan DPIM itu yang selari dengan hasrat kerajaan supaya Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 mendapat suntikan idea bernas dan sokongan pelaksanaan daripada pemain industri seperti dewan perniagaan dan perdagangan.

DPIM ditubuhkan pada 1993 bermatlamat untuk mewujudkan kesatuan dalam kalangan peniaga dan pengusaha Muslim demi kepentingan serta faedah ekonomi Islam.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan