EKONOMI > BERITA

SUBSIDIARI UZMA DAPAT SAMBUNGAN KONTRAK PETRONAS CARIGALI RM100 JUTA

14/01/2025 03:11 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Subsidiari Uzma Bhd, Setegap Ventures Petroleum Sdn Bhd (SVP), telah menerima sambungan kontrak bernilai RM100 juta bagi penyediaan tiub bergelung dan perkhidmatan daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.

Uzma melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata lanjutan setahun itu berkuat kuasa 1 Dis 2024 sehingga 30 Nov 2025.

Skop kerja merangkumi pembekalan peralatan dan perkhidmatan tiub bergelung untuk medan Petronas Carigali di luar pesisir Malaysia Timur.

Kontrak itu sebelum ini diperoleh pada 20 Nov 2015. Sambungan kontrak pertama dan kedua diberikan masing-masing pada 24 Nov 2020 dan 7 Dis 2022.

 “Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan serta aset bersih sesaham syarikat untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, dan seterusnya sehingga tamat kontrak,” kata Uzma.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan