BERITA TERGEMPAR | Malaysia and ASEAN should continue to engage, attract investors from the United States, Europe and China without being forced to take sides -- PM Anwar | |
KUALA LUMPUR, Jan 22 (Bernama) -- Capitaland Malaysia Trust (CLMT) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM187.15 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (TK2024), daripada RM163.66 juta dalam tempoh yang sama pada 2023.
Bagi tempoh yang sama, hasil turut meningkat kepada RM454.76 juta daripada RM395.39 juta sebelumnya.
Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata peningkatan itu disebabkan sumbangan setahun penuh daripada Queensbay Mall (QBM) selepas selesai pengambilalihannya menjelang akhir suku pertama (S1) TK2023.
"Semua pusat beli-belah lain dalam portfolio CLMT juga mencatatkan peningkatan dalam hasil kasar setelah pengembalian kadar sewa yang positif dan penghunian yang lebih tinggi," kata syarikat itu.
Pendapatan hartanah bersih untuk TK2024 ialah RM263.9 juta, meningkat sebanyak RM46.5 juta atau 21.4 peratus daripada pendapatan hartanah bersih TK2023 sebanyak RM217.4 juta.
Pada suku keempat (S4) TK2024, syarikat mencatatkan keuntungan bersih yang rendah sebanyak RM89.97 juta, berbanding RM94.12 juta pada tempoh yang sama bagi TK2023.
Bagaimanapun, hasil bagi S4 TK2024 meningkat kepada RM119.98 juta daripada RM108.51 juta pada S4 TK2023, dipacu oleh hasil lebih tinggi yang direkodkan oleh kebanyakan hartanah dalam portfolio CLMT disebabkan pengembalian kadar sewa yang positif, penghunian yang lebih tinggi dan pengiktirafan RM5.6 juta dalam pendapatan pajakan belum terima yang belum dibil.
“Perbelanjaan operasi hartanah untuk S4 TK2024 ialah RM47.5 juta, peningkatan sebanyak RM2.0 juta atau 4.4 peratus berbanding S4 TK2023, disebabkan perbelanjaan untuk pemasaran dan kos tenaga kerja yang lebih tinggi.
“Pendapatan hartanah bersih untuk S4 TK2024 ialah RM72.5 juta, peningkatan sebanyak RM9.5 juta atau 15 peratus berbanding S4 TK2023 iaitu sebanyak RM63.0 juta,” tambahnya.
Mengenai prospek pada 2025, syarikat itu berkata ia akan kekal fokus untuk mendapatkan peluang-peluang pertumbuhan.
Ia berkata keutamaan strategiknya termasuk mengukuhkan aset-aset peruncitan, perindustrian dan logistik sedia ada melalui strategi pengoptimuman aset yang proaktif dan bersasar, sambil terus meningkatkan portfolionya dengan lebih banyak melalui pemerolehan industri dan logistik yang memberikan pulangan lebih tinggi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial