KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Saliran Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 13 Mac, telah terlebih langgan sebanyak 76.03 kali.
Syarikat itu berkata ia menerima 12,926 permohonan untuk 1.47 bilion saham terbitan bernilai RM398.19 juta daripada orang ramai.
Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, Saliran berkata bagi bahagian bumiputera, sebanyak 4,848 permohonan untuk 465.02 juta saham terbitan telah diterima, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 47.58 kali.
"Bagi bahagian awam pula, sebanyak 8,078 permohonan untuk 1.0 bilion saham terbitan diterima, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 104.49 kali," katanya.
Syarikat pembekal paip minyak dan gas (O&G) itu juga berkata sebanyak 7.65 juta saham terbitan yang disediakan untuk permohonan oleh individu yang layak juga telah dilanggan sepenuhnya.
Bagi penempatan persendirian untuk pelabur bumiputera terpilih yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, sebanyak 47.86 juta saham terbitan telah habis dilanggan.
Saliran Group menyasarkan untuk meraih RM21.71 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) mereka, dengan harga IPO ditetapkan pada 27 sen sesaham.
Mengenai hasil yang diperoleh daripada IPO itu, syarikat berkenaan berkata sebanyak RM1.20 juta akan digunakan untuk menubuhkan pejabat jualan di Indonesia.
“Sebanyak RM1.44 juta (akan digunakan) untuk pembelian jentera dan trak penghantaran; RM7 juta untuk pembayaran balik pinjaman bank; RM8.37 juta untuk modal kerja am dan RM3.70 juta untuk anggaran perbelanjaan penyenaraian,” tambahnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial