EKONOMI > BERITA

JUALAN SINGKAT HARIAN SAHAM YEW LEE PACIFIC DIGANTUNG SEPANJANG HARI

10/03/2025 12:55 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengumumkan bahawa jualan singkat harian (IDSS) untuk Yew Lee Pacific Group Bhd telah digantung sepanjang hari.

Ini berikutan penurunan harga saham lebih daripada 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

“Jualan singkat kaunter tersebut hanya akan kembali pada hari dagangan berikutnya, iaitu 11 Mac, pada 8.30 pagi,” katanya. 

Setakat 10.45 pagi, harga saham Yew Lee merosot 18 sen kepada 50.5 sen dengan 5.5 juta saham diniagakan. 

Kumpulan itu terlibat dalam pengeluaran berus industri serta perdagangan perkakasan dan alat ganti mesin industri.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan