EKONOMI > BERITA

SILICON CONNECT DAN SEMIWISE BEKERJASAMA KUKUH INDUSTRI SEMIKONDUKTOR

10/03/2025 04:26 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Silicon Connect Sdn Bhd dan Semiwise Ltd dari United Kingdom telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) yang akan menyaksikan kedua-dua syarikat berkongsi kepakaran mereka dalam elektronik, semikonduktor serta teknologi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Silicon Connect, Chin Yoong Tatt berkata perkongsian itu akan melihat pembangunan laluan berskala untuk modul elektronik tenaga, yang menawarkan penyelesaian pelanggan yang komprehensif yang merangkumi pemodelan reka bentuk, prototaip cepat, pengoptimuman proses selain pembungkusan peringkat panel termaju. 

"Usaha memajukan teknologi saling hubung 3D adalah penting untuk mencapai integrasi heterogen pelbagai cip, khususnya bagi pengkomputeran berprestasi tinggi dan perkakasan kecerdasan buatan (AL). Ini merangkumi pembangunan proses-proses utama seperti Through-Silicon Vias, ikatan tembaga hibrid, perhentakan mikro ikatan wafer ke wafer termasuk membolehkan penyelesaian integrasi 3D yang lancar dan cekap. 

"Silicon Connect akan terlibat dalam penciptaan idea untuk pembangunan produk dan meneroka peluang perniagaan bersama, dengan rancangan bagi menubuhkan sebuah pejabat di UK apabila berpeluang," katanya kepada Bernama selepas pemeteraian MoU itu di sini hari ini.

Pemeteraian MoU itu disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong dan Menteri UK untuk Indo-Pasifik, Catherine West.

Menurut Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur, perkongsian tersebut menunjukkan kesesuaian antara kekuatan UK dalam penyelidikan dan pembangunan, inovasi, harta intelek (IP) serta kepakaran Malaysia dalam kejuruteraan pembuatan dan ketepatan.

Chin berkata MOU itu juga akan melibatkan latihan semikonduktor termasuk Fab Pembuatan Realiti Maya dan Elektronik Kuasa dan Semikonduktor Pelengkap Logam Oksida, yang didayakan oleh alat reka bentuk teknologi komputer yang terkini dari Synopsis.

Katanya lagi, usaha sama itu adalah model kolaborasi baharu yang akan membolehkan kedua-dua negara bertindak/bekerjasama sebagai rakan setara dan melengkapkan kepakaran masing-masing.

"UK akan dapat memberikan kepakarannya dalam IP, inovasi dan teknologi, manakala kekuatan Malaysia dalam pembuatan serta peralatan akan menyokong peningkatan dan usaha mengkomersialkan inovasi-inovasi ini.

"Sinergi perkongsian ini akan mengukuhkan lagi tarikan Malaysia dan UK dalam rantaian bekalan global semikonduktor yang sangat kompetitif," katanya lagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan