EKONOMI > BERITA

SYNTHOMER LABUR LEBIH RM1.4 BILION DI JOHOR DALAM TEMPOH 20 TAHUN - TENGKU ZAFRUL

11/03/2025 06:05 PM

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Synthomer, peneraju industri bahan kimia khas, telah melabur lebih RM1.4 bilion dalam tempoh 20 tahun operasinya di Johor, membangunkan teknologi baharu dan menyokong rantaian bekalan industri sarung tangan serta sektor lain.

Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dengan pelaburan baharu, syarikat tersebut kini komited untuk menaik taraf operasi dan memperkenalkan teknologi hijau.

“Kerjasama seperti ini memperkukuh daya saing Malaysia dalam sektor kimia global dan mendukung aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) ke arah pertumbuhan lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran media sosialnya hari ini.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan