KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Takaful Ikhlas General Bhd, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd, merekodkan agihan lebihan tertinggi sebanyak RM6.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2024.
Dalam satu kenyataan, Takaful Ikhlas berkata lebihan yang dijana daripada Dana Risiko Peserta (PRF) syarikat itu memberi manfaat kepada kira-kira 1.1 juta peserta yang layak.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata pencapaian itu menunjukkan komitmen syarikat terhadap daya tahan kewangan dan pengurusan risiko yang bertanggungjawab.
“Agihan lebihan ini mengesahkan komitmen Takaful Ikhlas terhadap dan amalan perniagaan bertanggungjawab dan beretika sejajar dengan nilai teras model takaful, yang berasaskan kerjasama bersama dan tanggungjawab kewangan bersama.
“Dengan pengagihan lebihan ini, kami bukan sahaja memenuhi komitmen kami tetapi juga mengukuhkan nilai asas takaful iaitu ketelusan, keadilan dan sokongan bersama,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial