KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) dan CFM International (CFM) telah mengumumkan pesanan untuk enjin 60 CFM Leap-1B termasuk alat ganti tambahan kepada armada baharu MAG yang merangkumi 30 pesawat Boeing 737 Max.
Malaysia Airlines kini mengendalikan 11 pesawat Boeing 737 Max 8 dengan enjin CFM Leap-1B, dengan 14 lagi pesawat sedang ditempah, kata CFM melalui satu kenyataan hari ini. Secara keseluruhan, syarikat penerbangan itu kini mengoperasikan 47 pesawat Next Generation 737 dengan enjin CFM56-7B.
CFM berkata perjanjian itu adalah susulan kepada majlis menandatangani yang dibuat awal hari ini antara MAG, Boeing dan CFM yang disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CFM International Gaël Méheust berkata perjanjian dengan MAG telah membentuk hubungan tiga dekad yang sangat kukuh selepas syarikat penerbangan itu mula menggunakan Boeing 737 Classic yang dijana dengan enjin CFM56-3 pada 1990an.
Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail berkata enjin CFM Leap-1B membawa kebolehpercayaan serta kecekapan yang tinggi dan operasi yang lebih senyap, memastikan penumpang menerima pengalaman penerbangan terbaik dengan Malaysia Airlines.
Enjin CFM Leap telah mencatatkan pengeluaran terpantas dalam sejarah penerbangan komersial apabila ia mula menjana lebih daripada 3,700 pesawat dalam hanya lapan tahun.
Ia juga mempunyai teknologi canggih seperti bilah kipas komposit dan komposit matriks seramik yang menyampaikan enjin yang 15 peratus lebih cekap bahan api, dengan pelepasan karbon yang lebih rendah daripada 15 peratus daripada enjin CFM56 generasi.
Ia dilengkapi teknologi canggih seperti bilah kipas komposit dan komposit matriks seramik yang membolehkan penjimatan bahan api sebanyak 15 peratus dengan pelepasan karbon yang lebih rendah sebanyak 15 peratus daripada enjin CFM56 generasi sebelumnya.
Pada awal hari ini, Perdana Menteri menyaksikan perolehan 30 pesawat baharu MAG dari Boeing sebagai sebahagian daripada strategi pemodenan armadanya.
Pesanan ini termasuk 18 pesawat Boeing 737-8 dan 12 Boeing 737-10 yang dikuasakan oleh enjin CFM Leap-1B, dengan opsyen untuk 30 lagi pesawat 737.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial