KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Solarvest Holdings Bhd (Solarvest), iaitu Atlantic Blue Sdn Bhd (Atlantic Blue) memeterai kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) dengan SV Flux Sdn Bhd (SV Flux) bernilai RM103.08 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Solarvest berkata kontrak itu membabitkan pembinaan kemudahan penjanaan tenaga solar fotovoltaik di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Menurut syarikat itu, Atlantic Blue akan memulakan kerja-kerja selepas menerima notis daripada SV Flux dan pada masa sama memastikan ia siap selewat-lewatnya pada 31 Julai, 2027.
Katanya, kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada aset bersih dan pendapatan sesaham kumpulan Solarvest bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2026 dan seterusnya sehingga projek itu siap sepenuhnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial