KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pendaftaran Media untuk Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) serta mesyuarat berkaitan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) kini dibuka sekarang.
Sehubungan itu, wakil-wakil media dijemput untuk mendaftar bagi mendapatkan akreditasi secara dalam talian dari 17 Mac hingga 4 April, 2025 untuk membuat liputan acara berkenaan.
Wakil media boleh mendaftar di https://aseanfinance2025.mof.gov.my/.
Baru-baru ini, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Marzunisham Omar berkata bank pusat itu akan bekerjasama dengan rakan sejawatnya di ASEAN untuk menggalakkan perniagaan menggunakan mata wang tempatan dalam memudahkan perdagangan di rantau berkenaan.
"Fokus bank pusat di peringkat negara sebagai Pengerusi ASEAN-Malaysia tahun ini adalah untuk melihat bagaimana rantau ini boleh bersatu bagi memperkukuh lagi aliran perdagangan dan pelaburan antara rantau.
"Kami sedang melihat untuk membina sistem kewangan yang lebih inklusif yang akan memberi manfaat kepada rakyat di rantau ini. Kami juga sedang melihat bagaimana sektor kewangan boleh bekerjasama untuk membantu membiayai beberapa projek mampan utama di rantau ini," katanya.
Menurut Marzunisham, akan ada beberapa siri perbincangan panel mengenai inovasi sektor kewangan dan bagaimana ia dapat membantu mempercepatkan lagi aliran perdagangan dan pelaburan dalam rantau ASEAN.
"Kita telah menyaksikan banyak kemajuan yang dicapai, contohnya, dari segi pembayaran QR, ketersambungan pembayaran yang menggalakkan pelancongan, dan kami juga melihat banyak usaha yang dilakukan untuk menggalakkan penyelesaian perdagangan menggunakan mata wang tempatan dengan Indonesia dan Thailand," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial