KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan anggotanya melahirkan keprihatinan yang mendalam kepada mereka yang terjejas dengan kebakaran saluran gas di Putra Heights hari ini.
“Kami faham bahawa bencana ini telah menyebabkan kesusahan dan gangguan terhadap kehidupan seharian mereka dan kami ingin memastikan mereka yang terjejas bahawa kami komited untuk memberi sokongan dalam saat-saat yang mencabar ini,” kata ABM melalui satu kenyataan.
Persatuan itu menyarankan mereka yang terjejas yang mempunyai pinjaman dengan bank untuk menghubungi bank masing -masing bagi membincangkan sokongan yang ada melalui laman web rasmi atau talian perkhidmatan pelanggan bank mereka.
Bank yang menjadi anggota ABM bersedia membantu berdasarkan keadaan individu terbabit.
“ABM bersama dengan komuniti yang terjejas dan komited untuk bekerja dengan anggota kami bagi menyokong mereka yang memerlukan,” katanya lagi.
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi ABMConnect pada 1300-88-9980 atau e-mel abmconnect@abm.org.my.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial