KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM291.43 juta daripada Persada Mentari Sdn Bhd bagi pembangunan pangsapuri servis di Bandar Tanjung Pinang, Pulau Pinang.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata kontrak tersebut melibatkan pelaksanaan kerja-kerja pembinaan bangunan utama pangsapuri servis 50 tingkat, satu blok dengan 516 unit kemudahan meletak kenderaan dan kemudahan lain.
“Kontrak akan bermula pada 23 Jun, 2025 dan dijangka siap dalam tempoh 38 bulan daripada tarikh permulaan,” katanya.
Katanya, kontrak dijangka menyediakan aliran pendapatan tambahan kepada kumpulan bagi tempoh tiga tahun akan datang.
Menurutnya, Persada Mentari merupakan anak syarikat milik penuh tidak langsung Eastern & Oriental Bhd dan pengarah serta pemegang saham utama syarikat tersebut mempunyai kepentingan langsung serta tidak langsung.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial