EKONOMI > BERITA

PEMIMPIN ASEAN AKAN ADAKAN MESYUARAT KHAS BINCANG POTENSI GANGGUAN PERDAGANGAN - TENGKU ZAFRUL

10/04/2025 03:23 PM

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) --  Satu mesyuarat khas pemimpin ASEAN akan diadakan untuk membincangkan langkah menangani potensi gangguan terhadap perdagangan serantau, rangkaian rantaian bekalan dan pelaburan rentas sempadan susulan peningkatan cabaran geopolitik dan ekonomi ketika ini.

Menerusi satu kenyataan selepas mesyuarat khas Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) hari ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz  berkata mesyuarat itu bertujuan untuk memastikan ASEAN terus menjadi hab yang stabil, berdaya saing dan menarik bagi perdagangan dan pelaburan global.

Beliau juga berkata pendirian yang dinyatakan dalam Kenyataan Media Bersama AEM akan dibentangkan pada mesyuarat khas Pemimpin ASEAN. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan