KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meningkatkan kerjasama strategik, melindungi inovasi dan penyelidikan sawit.
Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata kerjasama ini melambangkan komitmen kedua-dua agensi dalam memperkukuh perlindungan harta intelek hasil penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan oleh MPOB demi kepentingan industri sawit negara.
“Usaha ini juga bakal meningkatkan daya saing, produktiviti dan kemampanan sektor sawit negara.
“Dengan adanya sistem sokongan bagi melindungi hak harta intelek oleh MyIPO, kepentingan agensi penyelidikan seperti MPOB dan syarikat yang berminat mengkomersialkan inovasi MPOB dapat dipelihara,” katanya dalam kenyataan.
Sejak 1986, MPOB telah memfailkan 394 paten di Malaysia, dengan 33 peratus daripadanya berjaya dikomersialkan.
Kerjasama ini membolehkan penyertaan MPOB dalam Pusat Sokongan Teknologi dan Inovasi (TISC).
Melalui kerjasama ini, MPOB menjadi sebahagian daripada rangkaian TISC, sebuah platform kerjasama strategik yang diterajui oleh MyIPO bersama pelbagai institusi penyelidikan (RI) bagi memperkukuh perlindungan serta pengurusan harta intelek dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D&I).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial