KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sebanyak 3,000 tempahan dicatatkan bagi kenderaan elektrik (EV) mampu milik pertama Malaysia, Proton e.MAS 5, pada minggu pertama pelancarannya, termasuk 1,607 unit dalam tempoh 24 jam pertama.
Anak syarikat pembuat kereta nasional Proton Holdings Bhd, Proton New Energy Technology Sdn Bhd (Pro-Net) menjelaskan pelancaran e.MAS 5 yang memberangsangkan itu berasaskan keyakinan pasaran terhadap model Proton e.MAS 7.
Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata jumlah tempahan itu melebihi jangkaan pihaknya.
“Kami gembira kerana rakyat Malaysia terus memberikan kepercayaan kepada kami untuk menghasilkan kenderaan elektrik yang direka khusus bagi keadaan jalan raya dan pemanduan tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Setakat 30 Sept, 2025, e.MAS 7 kekal sebagai EV paling laris di Malaysia untuk tahun ini, dengan jualan terkumpul sebanyak 6,655 unit dan penguasaan pasaran sebanyak 24 peratus, tambah Pro-Net.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial