EKONOMI > BERITA

YTL CONSTRUCTION RAIH ANUGERAH CEMERLANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KEBANGSAAN

18/10/2025 11:49 AM

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- YTL Construction menerima Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan bagi kategori Pembinaan (Kendalian Bangunan) daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) pada majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2024.

Pengarah Eksekutif YTL Construction Yeoh Keong Yuan berkata pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan syarikat dalam memastikan budaya kerja selamat dan sihat di setiap tapak pembinaan, selaras dengan prinsip syarikat ‘Building the Right Thing’ atau membina dengan selamat, bertanggungjawab dan mampan.

“Anugerah ini mencerminkan usaha gigih seluruh pasukan YTL Construction dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap projek kami,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, JKKP dalam kenyataan berasingan berkata Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah anugerah berprestij bagi memberi pengiktirafan tertinggi dalam negara kepada individu dan majikan yang mempamerkan penglibatan dan pencapaian cemerlang dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja.

“Sejumlah 28 pemenang telah dinobatkan mewakili pengiktirafan organisasi,” katanya.

Anugerah yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) serta JKKP ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad semalam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan