EKONOMI > BERITA

RIZAB ANTARABANGSA BNM PADA US$123.4 BILION SETAKAT 15 OKT

23/10/2025 04:36 PM

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US $123.4 bilion setakat 15 Oktober 2025 berbanding US$123.6 bilion yang dicatatkan semasa 30 Sept 2025. 

Bank pusat itu melalui satu kenyataan hari ini berkata kedudukan rizabnya mencukupi untuk membiayai 4.8 bulan import barangan serta perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luaran jangka pendek.

Komponen utama rizab adalah rizab mata wang asing (US$109.0 bilion), rizab Dana Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) iaitu sebanyak US $ 5.9 bilion, emas (US$4.8 bilion) termasuk aset-aset rizab yang lain (US$2.4 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM617.78 bilion, yang terdiri daripada tukaran emas dan asing serta rizab-rizab lain merangkumi SDR (RM520.01 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.42 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.47 bilion) dan lain-lain aset (RM48.42 bilion).

BNM berkata jumlah modal dan liabiliti adalah sebanyak RM617.78 bilion, yang terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM203.03 bilion), mata wang dalam edaran (RM173.60 bilion), deposit dari institusi kewangan (RM122.86 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM13.34 bilion), deposit lain (RM65.67 bilion), kertas Bank Negara (RM8.38 bilion), peruntukan SDR (RM27.88 bilion) dan liabiliti lain (RM2.93 bilion).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan