EKONOMI > BERITA

ASEAN PERLU TANGANI IMPAK KENAIKAN TARIF DENGAN PERATURAN PERDAGANGAN LEBIH JELAS - GABENOR BNM

19/11/2025 11:49 AM

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- ASEAN perlu menangani impak segera daripada peningkatan tarif dengan menggariskan peraturan tempasal dengan lebih jelas, mengatasi kelemahan dalam pindahan kapal dan mewujudkan jaminan bagi lencongan perdagangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata matlamatnya untuk memudah cara perdagangan sebenar dan menguruskan lebihan kapasiti dari rantau ini dan kawasan sekitarnya.

“Dalam jangka masa panjang, keutamaannya ialah meningkatkan integrasi serantau dan mengekalkan multilateralisme yang pragmatik.

“Ini bermakna mempercepat pelaksanaan pelbagai perjanjian perdagangan seperti Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) yang dipertingkatkan, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau ASEAN (RCEP) dan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) yang bakal dimuktamadkan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada 48th Federation of ASEAN Economic Associations Annual Conference di sini hari ini.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan