EKONOMI > BERITA

JOHARI ABDUL GHANI TERAJUI MITI, AKMAL NASRULLAH MENTERI EKONOMI, NORAINI AHMAD MENTERI KPK

16/12/2025 04:56 PM

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan bertukar portfolio daripada Menteri Perladangan dan Komoditi, sebelum ini.

Ketika mengumumkan rombakan Jemaah Menteri hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri disandang oleh Sim Tze Tzin yang merupakan pelantikan baharu.

Selain itu, Akmal Nasrullah Mohd Nasir pula diumumkan sebagai Menteri Ekonomi baharu dan bertukar portfolio daripada Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Timbalan Menteri Ekonomi pula disandang oleh Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Perdana Menteri berkata Datuk Seri Noraini Ahmad yang sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kini dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi manakala timbalannya adalah Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Anwar juga mengumumkan pelantikan Liew Chin Tong yang sebelum ini Timbalan Menteri MITI, kini menggalas tugas sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

"Upacara angkat sumpah yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan berlangsung jam 10 pagi esok di Istana Negara.

"Mesyuarat Jemaah Menteri akan diteruskan pada jam 2.30 petang esok," kata Perdana Menteri.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan