KANGAR, 20 Dis (Bernama) -- Kumpulan HABIB mengorak langkah melengkapkan lagi kehadiran jenama barangan kemasnya di seluruh negara dengan pembukaan bilik pameran yang ke-37 di Perlis, kata Pengerusi Eksekutif Kumpulannya Datuk Seri Meer Habib.
Beliau berkata HABIB berbesar hati dapat mendekati komuniti Perlis dengan membawakan pengalaman membeli-belah yang lebih moden, selesa dan berinovasi menerusi pembukaan bilik pameran baharu itu.
Menurutnya, bilik pameran seluas 1,507 kaki persegi itu yang beroperasi di pusat beli-belah Kangar Jaya Mall, di sini, menampilkan konsep moden kontemporari “HABIB Next Generation Showroom Experience” selaras dengan strategi transformasi jenama HABIB yang memberikan fokus kepada inovasi, reka bentuk moden serta pengalaman pelanggan lebih eksklusif dan peribadi.
“Pembukaan bilik pameran HABIB di Kangar Jaya Mall merupakan detik bersejarah kerana ia melengkapkan kehadiran HABIB di seluruh negara.
“Dengan pembukaan bilik pameran ini kami mengalu-alukan pelanggan untuk menikmati keindahan barangan kemas dalam suasana yang selesa, peribadi dan kondusif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial