KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Prudential Assurance Malaysia Bhd (PAMB) memperkenalkan PRUWealth Enrich 2.0, iaitu pelan legasi dipertingkatkan yang direka untuk memenuhi aliran baharu pemindahan kekayaan, bertujuan dan berstruktur dengan penyelesaian berisiko rendah.
PAMB berkata pelan dipertingkatkan itu, dibina berdasarkan permintaan yang kukuh sejak penampilan sulungnya pada 2023 menerusi ‘Legacy Settlement Option (LSO)’ yang membolehkan pelanggan mengambil keputusan mengenai berapa banyak dan bila setiap penama akan menerima legasi mereka tanpa kos tambahan dan ia diuruskan oleh Prudential.
“Pengguna boleh memilih untuk menyesuaikannya daripada tiga pilihan pembayaran iaitu sekali gus serta-merta, ansuran berstruktur dengan pembayaran tetap sehingga 35 tahun atau pembayaran berasaskan peristiwa penting dalam hidup seperti tamat pengajian, perkahwinan atau memulakan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ketua Pegawai Pengedaran Pemasaran dan Perkongsian PAMB Eric Wong berkata rakyat Malaysia menangani pemindahan kekayaan secara berbeza kerana mereka mengutamakan fleksibiliti dan tanggungjawab.
“Dengan LSO dalam PRUWealth Enrich 2.0, pelanggan boleh merangka pelan legasi yang bersesuaian dengan realiti kehidupan keluarga moden dan juga memberikan mereka lebih kawalan serta ketenangan fikiran mengenai bagaimana legasi mereka diuruskan,” katanya.
Menurut PAMB, PRUWealth Enrich 2.0 terus menawarkan perlindungan yang tinggi, dengan jumlah asas yang diinsuranskan bermula daripada RM300,000, dilengkapi dengan ‘Cover Booster’ yang meningkatkan perlindungan sehingga 50 peratus dan faedah kematian akibat kemalangan yang dipertingkatkan sehingga tambahan 500 peratus.
Selain itu, pelan tersebut turut melibatkan pembayaran premium fleksibel untuk pelanggannya dalam tempoh lima, 10 atau 20 tahun, atau untuk tempoh penuh, serta memperoleh ganjaran kesetiaan yang membantu mengembangan kekayaan jangka panjang.
Pada masa sama, pelan itu juga menawarkan kepada pelanggannya ‘Total Multi Crisis Care Rider’, yang menyediakan pembayaran sekali gus apabila didiagnosis menghidap penyakit kritikal yang dilindungi.
“Ia membolehkan pelanggan memberi tumpuan kepada pemulihan sambil melindungi keselamatan kewangan keluarga mereka.
“Rider ini menyediakan perlindungan yang komprehensif bagi 160 penyakit kritikal, menyokong pelbagai tuntutan untuk serangan jantung, strok dan kanser, dan menawarkan perlindungan sehingga 400 peratus merentasi pelbagai peringkat penyakit kritikal,” katanya.
-- BERNAMA
(Penafian: Ini adalah iklan berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab atas kandungan, ketepatan atau pendapat yang dinyatakan dalam artikel ini.)
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial