EKONOMI > BERITA

GUARDIAN LANCAR KEMPEN "STAY ONG IN HEALTH AND RADIANCE" SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

16/01/2026 09:09 PM

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Rangkaian farmasi, kesihatan, dan kecantikan runcit terkemuka di Malaysia, guardian Malaysia melancarkan kempen Tahun Baharu Cina yang bertemakan Stay ONG in Health and Radiance menerusi drama mini lima episod, acara atrium dan promosi eksklusif kepada pelanggan. 

Menerusi kenyataan, guardian Malaysia memaklumkan kempen itu berlangsung pada Januari dan Februari 2026 bertujuan merapatkan jurang antara generasi dengan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia melalui perspektif baharu terhadap makna serta tafsiran pencarian ONG sempena musim perayaan itu.  

Drama mini itu yang mula ditayangkan dalam talian semalam, bertujuan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan dengan baik, iaitu memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri serta insan tersayang. 

“Melalui drama mini itu, rakyat Malaysia diajak menyelami kehidupan keluarga Ong yang sedang membuat persiapan menyambut Tahun Baharu Cina, dan menerusi pelbagai interaksi serta episod yang dinamakan secara kreatif seperti The Beauty Queen dan The Oral Ace, ahli keluarga Ong akhirnya menemui makna sebenar ONG,” menurut kenyataan itu. 

Bersempena kempen itu, guardian Malaysia juga menganjurkan acara dinamakan Unlock Your Ong di Pavilion Bukit Jalil dari semalam hingga Ahad ini, yang menghimpunkan rakan jenama Platinum seperti Dove, Skintific, Garnier dan Silkygirl. 

Acara yang berlangsung di stor dan ruang atrium merangkumi tiga elemen ONG iaitu keserian, kecantikan dan kesihatan dengan pelanggan berpeluang mendapatkan konsultasi penjagaan kulit, mempelajari tip solekan serta mendapatkan nasihat kesihatan.

Acara itu turut diceriakan dengan Wall of ONG, Trail of ONG serta pelbagai tawaran perayaan eksklusif, hadiah istimewa untuk ahli, nasihat kesejahteraan dan kejutan kecantikan. 

Pelanggan juga berpeluang mendapatkan paket ang pow, menyaksikan persembahan tarian singa, pratonton drama mini serta tawaran eksklusif Your ONG, Your Way untuk ahli MYguardian Rewards di stor mahupun secara dalam talian.

Sebagai sebahagian daripada kempen, guardian Malaysia juga menawarkan promosi termasuk penjimatan sehingga 50 peratus untuk lebih 8,000 produk di guardian dan tawaran eksklusif untuk ahli termasuk pemberian ang pow bersama-sama Baucar Bounce Back serta tawaran Lucky Bag edisi terhad selain diskaun dan penjimatan untuk pembelian barangan terpilih.  

Ahli MYguardian Rewards juga boleh menyertai peraduan Beli & Menang di guardian dan berpeluang memenangi 8,888,888 MYpoints yang eksklusif untuk 10 pemenang sepanjang kempen berlangsung

Sementara itu, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia Anna Ng dalam kenyataan sama berkata walaupun pencarian ONG sangat sinonim dengan Tahun Baharu Cina, setiap generasi dalam keluarga hari ini mentafsirnya dari perspektif tersendiri. 

Beliau berkata generasi terdahulu melihat ONG sebagai lambang kebersamaan dan kesinambungan tradisi, generasi ibu bapa mengaitkannya dengan kekayaan dan kestabilan kewangan manakala generasi muda hari ini menafsirkan ONG secara simbolik sebagai cerminan ekspresi diri dan keyakinan.

“Kami percaya ONG yang sebenar membawa maksud kesihatan, kesejahteraan dan kecantikan yang dikongsi merentas generasi dalam sesebuah keluarga. Ia bukan kemakmuran semata-mata tetapi melangkaui harapan dan ucapan zahir.

“Sebagai penasihat kesejahteraan yang dipercayai, guardian Malaysia percaya ONG merupakan sesuatu yang sangat berkait rapat dengan keserian, kecergasan, kesihatan dan kecantikan,” katanya. 

Anna berkata guardian Malaysia ialah destinasi utama untuk kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan perayaan. 

“Kami mahu pelanggan berasa teruja, terinspirasi dan lebih dekat dengan tafsiran baharu tentang makna ONG yang sebenar. Kunjungi guardian Malaysia untuk segala ONG yang anda ingin dan impikan untuk diri dan seisi keluarga.” katanya. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan