EKONOMI > BERITA

RIZAB ANTARABANGSA BNM PADA US$126.9 BILION SETAKAT 30 JAN, 2026

09/02/2026 04:37 PM

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$126.9 bilion setakat 30 Januari, 2026, berbanding US$125.6 billion pada 15 Januari, 2026.

BNM dalam satu kenyataan berkata paras rizab ini mencukupi untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan merupakan 0.9 kali ganda jumlah hutang luar jangka pendek.

Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (US$111.3 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$5.9 bilion) dan aset rizab lain (US$2.5 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM599.22 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM514.75 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.41 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.31bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.61 bilion), harta dan barangan (RM4.56 bilion), dan aset lain (RM35.14 bilion).

BNM berkata jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM599.79 bilion terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM198.83 bilion), mata wang dalam edaran (RM182.49 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM106.75 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.66 bilion), deposit lain (RM65.61 bilion), kertas Bank Negara (RM9.02 bilion), peruntukan SDR (RM26.83 bilion) serta liabiliti lain (RM4.48 bilion).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan