EKONOMI > BERITA

MALAYSIA AIRLINES TERUS GANTUNG PENERBANGAN KE/DARI DOHA, JEDDAH, MADINAH SEHINGGA 4 MAC

01/03/2026 08:53 PM

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines melanjutkan penggantungan semua penerbangan ke dan dari Doha (DOH), Jeddah (JED), serta Madinah (MED) sehingga 4 Mac 2026, susulan pembatalan yang dilaksanakan bermula 28 Februari hingga 1 Mac 2026. 

Menurut syarikat induknya, Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), ini berikutan penutupan berterusan ruang udara di beberapa bahagian di Timur Tengah di tengah-tengah perkembangan keselamatan serantau yang semakin memuncak. 

Bagaimanapun, katanya penerbangan lain, termasuk ke dan dari London (LHR) dan Lapangan Terbang Charles de Gaulle (CDG) Paris, masih mengikut jadual ditetapkan. 

“Semua penerbangan ini beroperasi menggunakan laluan alternatif, jauh dari zon konflik yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Penerbangan yang terjejas adalah seperti berikut: 

  • MH150/1 Mac 2026 (KUL-JED) STD/STA: 05:00/14:40 

MH151/1 Mac 2026 (JED-KUL) STD/STA: 16:10/01:10 

  • MH156/1 & 3 Mac 2026 (KUL-JED) STD/STA: 11:00/20:40 

  • MH157/1-3 Mac 2026 (JED-KUL) STD/STA: 22:10/07:10 

  • MH160/1 - 4 Mac 2026 (KUL-DOH) STD/STA: 12:45/20:40 

  • MH161/1 - 4 Mac 2026 (DOH-KUL) STD/STA: 22:30/06:05 

  • MH164/1 - 4 Mac 2026 (KUL-DOH) STD/STA: 18:30/02:15 

  • MH165/1 - 5 Mac 2026 (DOH-KUL) STD/STA: 05:10/12:50 

  • MH6126/1 Mac 2026 (KUL-DOH) STD/STA: 17:35/01:15 

  • MH6126/2 Mac 2026 (DOH-AMS) STD/STA: 02:15/10:05 

  • MH6127/2 Mac 2026 (AMS-DOH) STD/STA: 12:40/19:30 

  • MH6127/2 Mac 2026 (DOH-KUL) STD/STA: 20:30/04:00 

  • MH150/2 Mac 2026 (KUL-JED) STD/STA: 05:50/15:30 

  • MH155/2 Mac 2026 (JED-JHB) STD/STA: 17:00/02:05 

  • MH162/3 Mac 2026 (JHB-MED) STD/STA: 03:35/13:20 

  • MH153/3-4 Mac 2026 (MED-KUL)  STD/STA: 14:40/23:35 (2 & 3 Mac) | 13:05/22:00 (4 Mac)

  • MH158/2 Mac 2026 (KUL-MED) STD/STA: 07:35/16:50 

  • MH159/2 Mac 2026 (MED-KUL) STD/STA: 18:30/03:15 

  • MH152/4 Mac 2026 (KUL-MED) STD/STA: 02:15/11:45 

  • MAG berkata penumpang sedang dimaklumkan dan diberi bantuan dengan pengurusan perjalanan alternatif sekiranya diperlukan. 

    “Penerbangan ke destinasi yang terjejas akan terus digantung sementara menunggu penilaian lanjut mengenai situasi keselamatan. 

    “Penumpang juga dinasihatkan untuk mengemas kini butiran perhubungan mereka menerusi ‘My Booking’ bagi mendapatkan maklumat terkini yang tepat pada masanya,” katanya, sambil menambah bahawa bantuan turut disediakan melalui sokongan Sembang Langsung di laman web, atau hubungi pusat hubungan global Malaysia Airlines di talian 1 300 88 3000 (di dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia).

    --BERNAMA

     


    BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

    Ikuti kami di media sosial :
    Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
    Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
    Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
    TikTok : @bernamaofficial

    © 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan