EKONOMI > BERITA

PM ANWAR AKAN LANCARKAN PELAN INDUK PASARAN MODAL 2026-2030

09/03/2026 03:17 PM

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 hari ini.

Pelan induk keempat, CMP4 itu telah dibangunkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi memimpin pasaran modal Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pelan induk pertama (2001-2010) meletakkan asas bagi pasaran modal moden selepas krisis kewangan Asia. CMP2 (2011-2020) pula memulihkan keyakinan berikutan krisis kewangan global manakala CMP3 (2021-2025) menangani cabaran yang timbul akibat pandemik COVID-19.

Pada Oktober 2025, Kementerian Kewangan berkata CMP4 akan memperkenalkan inisiatif transformatif untuk meletakkan pasaran modal Malaysia sebagai pemacu pertumbuhan, daya tahan dan keterangkuman yang lebih kukuh.

Sehingga September 2025, pasaran modal Malaysia berjumlah RM4.2 trilion, dengan instrumen Islam menyumbang sekitar 62 peratus. 

Pasaran mencapai paras tertinggi sepanjang masa iaitu RM4.2 trilion pada 2024, meningkat daripada RM3.8 trilion pada 2023, didorong oleh pertumbuhan dalam permodalan pasaran saham dan bon dan sukuk belum tebus.

Aktiviti pengumpulan dana turut meningkat dengan ketara pada 2024, mencecah RM138.9 bilion, naik daripada RM127.7 bilion pada 2023. Ini termasuk sebanyak 55 tawaran awam permulaan, yang mengumpul sejumlah RM7.42 bilion.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan