KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Malaysia Airlines melanjutkan penggantungan sementara perkhidmatan bagi laluan Doha sehingga 20 Mac, 2026 susulan perkembangan berterusan melibatkan persekitaran keselamatan di negara terbabit.
Sebelum ini, perkhidmatan bagi laluan Doha digantung bermula 28 Feb, 2026 berikutan penutupan ruang udara yang menjejaskan negara itu akibat konflik antara Amerika Syarikat dan Iran.
Syarikat induk Malaysia Airlines, Malaysia Aviation Group (MAG) memaklumkan syarikat penerbangan itu terus memantau rapat situasi tersebut melalui penilaian risiko berterusan serta Notis kepada Juruterbang (NOTAM) yang berkaitan sebelum menyambung kembali operasi.
“Syarikat penerbangan itu juga meningkatkan kapasiti pesawat berbadan lebar antara Asia dan Eropah untuk menyokong perjalanan seterusnya serta menyatukan semula ahli keluarga, dengan penerbangan beroperasi melalui laluan alternatif yang dirancang dengan teliti bagi mengelakkan kawasan yang terjejas,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, semua perkhidmatan lain oleh syarikat penerbangan negara tersebut, termasuk laluan Jeddah, Madinah, London dan Paris, terus beroperasi seperti yang dijadualkan.
“Keselamatan penumpang dan anak kapal kekal sebagai keutamaan tertinggi kami,” tambah MAG.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial